Sebagaimana
yang diketahui,bahawa ajaran Ahwal (suatu perolehan dengan kurnia) dan maqamat
(suatu perolehan dengan usaha) yang semuanya itu ditujukan untuk memperbaiki
akhlak. Sedang tujuan perbaiki akhlak adalah untuk membersihkan qalbu yang
berarti mengosongkan dari sifat sifat yang tercela (TAKHALLI) kemudian
mengisinya dengan sifat sifat yang terpuji (TAHALLI) yang selanjutnya beroleh
kenyataan Tuhan (TAJALLI).
Dengan demikian maka dapatlah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH ,tidak dapat ditempuh dengan sekaligus,tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing masing iaitu harus ditempuh secara bertingkat tingkat.Pada tingkat untuk memasuki Ilmu Hakekat dan Ilmu Ma’rifat,berarti memasuki suatu jalan pengetahuan yang bertujuan untuk mengenal sesuatu itu dengan cara bersungguh sungguh,bahawa siapakah manusia itu,siapakah yang menjadikannya dan siapakah yang menciptakan sekalian itu. Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan ini dengan berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ”Barang siapa yang mengenal dirinya, niscaya ia akan mengenal Tuhannya.”
MENGENAL DIRI SENDIRI
Dengan demikian maka dapatlah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH ,tidak dapat ditempuh dengan sekaligus,tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing masing iaitu harus ditempuh secara bertingkat tingkat.Pada tingkat untuk memasuki Ilmu Hakekat dan Ilmu Ma’rifat,berarti memasuki suatu jalan pengetahuan yang bertujuan untuk mengenal sesuatu itu dengan cara bersungguh sungguh,bahawa siapakah manusia itu,siapakah yang menjadikannya dan siapakah yang menciptakan sekalian itu. Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan ini dengan berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ”Barang siapa yang mengenal dirinya, niscaya ia akan mengenal Tuhannya.”
MENGENAL DIRI SENDIRI
Langkah
pertama untuk mengenal diri sendiri ialah dengan mengetahui bahawa diri itu
tersusun dari bentuk-bentuk lahir (yang disebut badan atau jasad) dan
bentuk-bentuk bathin (yang disebut qalbu atau jiwa). Yang dimaksudkan dengan
Qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging yang berada disebelah kiri badan
di bawah susu (yang dikatakan jantung). Tetapi dialah Roh suci dan berpengaruh di
dalam tubuh dan dialah yang mengatur jasmani dan segenap anggota badan. Dialah
Hakikat Insan Allah (yang dinamakan diri yang sebenarnya diri). Dialah yang
bertanggung jawab dan dialah yang dipuji atau diseksa oleh Allah SWT.
Untuk meneliti dan mengenal diri sendiri itu, maka
jasad dapat dimisalkan sebagai suatu kerajaan. Dan roh sebagai Rajanya yang
berkuasa dan dialah yang mengatur jasmani. Jasmani adalah sebagai suatu
Kerajaan dalam bentuk Alamuasyahadah atau Alam Nyata. Seluruh badan jasmani
akan hancur binasa setelah mati, tetapi hakikat Roh dan jiwa tidak akan mati,
ia tetap tinggal dalam Ilmu Allah. Dan Rohani / Jiwa adalah sebagai Raja dalam
bentuk Alam Ghaib, maksudnya bahawa Roh / Jiwa itu adalah ghaib, keadaannya
tidak terpisah-pisah, tidak terbatas oleh waktu dan ruang, tidak tentu
tempatnya dalam sesuatu bahagian tubuh, oleh kerana itu maka setiap manusia
adalah merupakan pemerintah di atas kerajaan kecil didalam dirinya sendiri.
Sungguh benar sekali istilah yang menyebutkan bahawa ”Manusia itu adalah
mikromos” atau dunia kecil dalam dirinya sendiri.
Sebahagian orang berpendapat bahawa hakekat Qalbu atau
Roh itu dapat dicapai dengan cara memejamkan kedua matanya serta melupakan
segala yang ada di sekitarnya, kecuali peribadinya. Dengan cara begitu akan
dapat juga kilauan dari alam abadi kepada peribadinya (dalam mengenal dirinya).
Tetapi bagaimanapun juga segala pertanyaan yang mendalam tentang hakikat Roh
yang sesungguhnya, adalah tidak diizinkan oleh Allah Yang Maha Esa. Didalam
Quran Allah berfirman: ”Mereka itu bertanya kepada Engkau Muhammad, tentang
Roh, katakanlah bahawa Roh itu urusan Tuhanku, tidak kamu diberi pengetahuan
melainkan sedikit saja” .(S. Isra 85) . Apabila seseorang bertafakur atas
dirinya sendiri, maka ia akan dapat mengetahui bahawa dirinya itu pada masa
dahulunya, ”tidaknya pernah ada”. Firman Allah: ”Tidaklah manusia itu ingat
bahawa kami menjadikannya dahulunya sedang ia belum ada suatu apapun”. Kemudian
manusia itu akan mengetahui bahawa ia sebenarnya dijadikan dari setitis air
(mani) yang tidak mempunyai akal sedikitpun, tidak mempunyai pendengaran,
penglihatan, kaki, tangan, kepala dan sebagainya. Dari sinilah manusia akan
mengetahui dengan terang dan nyata, bahawa tingkat kesempurnaan yang ia dapat
capai bukanlah ia yang membuatnya, kerana sehelai rambut pun manusia itu tidak
akan sanggup membuatnya.
Dengan jalan memikirkan hal tersebut diatas maka
manusia itu dapat menemukan dirinya di dalam kejadian yang sangat kecil bila
dibandingkan dengan Kekuasaan dan Kasih-Sayangnya Tuhan yang menjadikannya. Dan
apabila manusia itu berfikir jauh maka ternyata didalam kehidupan ia memerlukan
berbagai macam keperluan seperti makanan, pakaian, perumahan dan sebagainya
,yang kesemuanya itu telah tersedia lengkap didalam muka bumi ini. Disini
manusia akan menjadi sedar akan sifat Rahman dan Rahimnya Allah yang begitu
besar dan luasnya. Demikianlah alam dunia yang diciptakan Allah penuh dengan
keajaiban keajaiban. Rangka jasad adalah bukti Kekuasaan dan KebijaksanaanNya
dan penuh pula dengan berbagai-bagai alat kelengkapan yang dibuatNya sebagai
tanda Kasih Sayang-Nya, pada keperluan hidup manusia, maka oleh kerana itu
manusia akan mengetahui bahawa Allah itu ”ADA”. Oleh kerana itu benar-benar
bahawa dengan penelitian dan pengenalan diri sendiri akan menjadi kunci bagi
pengenalan Allah.
MENGENAL
ALLAH
Bahagian
yang penting dalam mengenal ALLAH, datangnya dari perbuatan perbuatan kita bagi
mempelajari dan meneliti serta memikirkan diri sendiri, yang memberikan kepada
kita kekuatan,kepandaian dan mencintai ciptaanNya. Sifat sifat manusia, bukan
hanya menjadi gambaran dari sifat sifat ALLAH, tetapi juga ragam adanya jiwa
manusia membawa keinsafan kepada pengertian adanya ALLAH. Maksudnya bahawa
kedua duanya iaitu ALLAH dan ROH adalah ghaib, tidak terpisah, tidak terbilang,
tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna dan tidak berukuran.
Manusia mendapat kesukaran dalam menerima gambaran
tersebut, Tetapi kesukaran kesukaran itu sememangnya dirasakan oleh fikiran
kita setiap masa seperti perasaan marah,sakit ,gembira dan cinta.Hal ini
merupakan faham fikiran dan tidak dapat diketahui oleh otak kerana disebebkan
oleh bentuk-dan ukurannya. Seperti halnya, telinga tidak dapat mengenal warna,
mata tidak dapat mengenal suara dan begitu pula dalam mengertikan kenyataan
kenyataan pokok yakni Tuhan dan Roh, Kita sendiri hanya dapat sampai pada batas
batas yang dapat dicapai oleh akal fikiran dan selebihnya akal fikiran kita
tidak sanggup lagi memikirkannya sebegitu jauh. Betapapun juga ,kita dapat
melihat bahawa ALLAH itulah yang mengatur alam semesta dan Dia adalah tidak
mengenal ruang dan waktu, tidak mengenal bentuk dan ukuran, yang memerintah
segenap perkara demikian keadaannya.Sebagaimana yang telah dihuraikan,, ”ROH”
tidak mempunyai tempat tertentu dalam sesuatu bahagian badan, tidak terpisah
pisah,tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi ia memerintah “JASAD”.
Demekianlah ALLAH, tidak mengenal ruang dan masa,tidak mengenal bentuk dan
ukuran tetapi DIA memerintah Alam Semesta. Itulah Tuhan Yang Esa,Maha
Kuasa,Maha Besar dan Maha Agung.
Demikianlah
antara lain terjemahan dari kitab ”KimyauSaadah” oleh Al Ghazali.